Sunday

:D

assalamualaikum.

hehe
tadi, paripari call.

dia kata tadi *sebelum dia call* unic datang kisas.. pastu qaseh macam.. wow! tak aciknya.

paripari kata unic datang bukan utk bagi ceramah or apa. saja-saja mcm borak-borak kawan camtu.
lepas tu unic ada buat persembahan nasyid, zikir, and baca al-Qur'an. subhanaallah.
kalau qaseh dengar. kalah lee seung gi agaknya.

haha.. fangirling jap tadi dengan paripari.

eh, jgn igt dgn nasyid pun tak boleh fangirling. tapi mesti ada batas-batasnya. :)


lepas tu qaseh bagi tahu paripari yang imran koyube *founder of iluvislam* nak datang kisas, tapi tak tahu bila. around this week rasanya.

pastu paripari pun excited lagi.


baguskan kalau kita sekolah dekat sekolah agama macam kisas. ramai orang nak beri inspirasi dan motivasi dekat kita.

hmm.. kan bagus kalau smart boleh jemput orang-orang macam unic dan imran koyube. ustaz pahrol pun ok jugak :)

ni asyik buat persembahan je. mcm orkestra. hmm..


itu aja. :)

assalamualaikum

cintaqasehstory

oh

great. what have i gotten myself into?

hmm.

assalamualaikum

cintaqasehstory

Tuesday

just.. things

assalamualaikum. :D

well. semalam Qaseh tak datang sekolah. adalah reason nya. cant tell. hehe..
almost like semua orang tanya kenapa tak datang semalam, Qaseh senyum je. hehe

then,
kawan2 Qaseh said that barang2 yang kena rampas tu dah boleh ambil semalam, dengan cikgu pengawas.
hmm..
tapi hari ni cikgu tu macam bad mood.
so, Qaseh tak berani nak ambik balik mp4 tu. huhu..
masa tak datang semalam, dah start rindu dekat mp4 tu. haisy..


oh, and ESOK CUTI!!

say YEAYY out loud!!

ok. dah. hehe

Qaseh rasa ada banyak benda yang Qaseh nak cerita, tapi macam lupa pula. huhu

tak apalah. lain kali, Qaseh update okay? :D

assalamualaikum thanks for reading

cintaqasehstory

Saturday

Its raining

Assalamualaikum.

tadi, baru lepas siap buat surat rayuan kisas.
bagi dekat mama. then mama kata bukan dah lama ke tarikh tutup.
Qaseh cakapla yang ni rayuan sendiri, bukan melalui SBP tu.
tapi mama macam .. hmm.

ntahla. sedih rasa bila tak ada orang nak support macam ni.


hari tu, mp4 kena rampas
tiba-tiba pengawas buat spotcheck, masa addmath.
nurna kata sebab ada orang report student bawak phone.
Qaseh pulak memang bawak mp4 dari hari isnin, tapi tak dengar pun, bila dah letak dalam beg, tak terfikir pula nk keluarkan.

bila bagi mp4 dekat kak Raiha, kak Raiha tanya kenapa bawa, Qaseh senyum je masa tu. tapi perasaan Qaseh masa tu tak ada apa-apa pun.

Lepastu, bila Saminah cek beg Qaseh, ada novel Inggeris, yang memang Qaseh sengaja nak bawak. Qaseh tak terfikir pula novel tu barang larangan.

Bila Qaseh pergi dekat kak Raiha balik, Qaseh tanya kak Raiha kenapa novel tak boleh bawak. kalau novel perpusatakaan tak apa ke? Last-last kak Raiha bagi balik, dia kata tak apa.

Nasib baik pasal novel tu.

Kemudian, semua kawan-kawan tanya bila nak ambil balik mp4 tu.
ntahla, Qaseh tak rasa nak ambik. i dont have the urge to take back that mp4. ada sikit, tapi tu sebab Qaseh beli mp4 guna duit sendiri. sebab tu je.

then Qaseh terfikir, kalau novel tu kena rampas sekali, Qaseh rasa Qaseh akan ambik novel tu dulu, baru nk ambik mp4.

mungkin, mp4 tu kena rampas sebab mp4 tu hanya melalaikan Qaseh. fikir positif. :)

hari ni nak siapkan banyak homework. plus nk habiskan karang surat untuk paripari. :D
hari isnin nak pos, insyaAllah.

Qaseh rindu dia. hmm

*kepada pembaca yang tahu siapa Qaseh, senyap2 ya. :D*

assalamualaikum

cintaqasehstory

kata maaf

Assalamualaikum, buat pembaca yang disayangi.

Pertama sekali,
Qaseh nk minta maaf sebab Qaseh tak sambung cerita yang telah Qaseh karangkan.
Qaseh tak tahu bagaimana hendak sambung, Qaseh tak ada inspirasi untuk mengarang lagi.

Tapi,
Qaseh tak akan delete blog ni, Qaseh sayang blog ni.
cerita-cerita tu pun Qaseh tak akan delete.

tapi,
Qaseh nak tulis satu cerita, tentang seseorang, tentang hati dan perasaannya.
secara keseluruhannya, ianya bukanlah sebuah cerita

tapi sebuah luahan perasaan.

:)

assalamualaikum,

cintaqasehstory

Friday

Kasih Ilahi 2

“Bip, Bip, Bip”, semua di meja makan mengeluarkan telefon bimbit. Naim membulatkan matanya. Nadilah melonjak kegembiraan. Dato’ Shakri dan Datin Nela tersenyum lebar.
“Er… Semua orang dapat mesej yang sama ke? Kak Nor nak balik?” Naim memecahkan kesunyian yang terbit.
“Eh, Naim pun dapat jugak? Mama dan Papa pun? Ni mesti ada maksud ni kenapa Kak Nor hantar mesej kat semua orang” Nadilah berasa hairan.

Dengan selambanya Naim berkata, “ alah Kak Nad, apa lagi yang Kak Nor nak. Mestilah Kak Nor nak kita sambut dia gila-gila. Tu pun tak dapat tangkap”. “Mmm… Betu jugak ek?”.

Ting ting ting! “Dah dah. Nanti-nantilah cakap pasal Kak Nor kamu tuh. Sekarang ni kena makan. Penat-penat Bik Zah masak tapi kita tak makan, kan Bang?” Datin Nela meminta persetujuan suaminya. Dato’ Shakri hanya mengangguk.
Ruang makan kini sunyi kembali. Hanya kedengaran sudu dan garfu.

“Pa, boleh tak nanti Nad nak tidur rumah Isyah?”

“Ada apa sampai tidur-tidur kat sana?”

“Erm… Kitorang ada homework nak bincang. Lepas tuh kitorang nak buat folio. Boleh ek Papa, Ma?”

“Mmm… Yelah. Nanti Papa hantar Nadilah. Tapi esok pukul 6 Papa ambik. So, prepare awal-awal esok”.

“O.k! Thanks Pa!” Nadilah meluru peluk Dato’ Shakri kemudian berlari naik ke biliknya. Datin Nela hanya menggeleng melihat anak gadisnya itu.


Udara dingin menghembus perlahan. Bulan dan bintang menghiasi ruang langit. Dania terkenangkan perkara yang berlaku petang itu. Mengeluh sendirian.

"Dania! Tunggu", Dania tidak mengendahkan panggilan itu. Malah, Dania berjalan semakin laju, mencelah pelajar-pelajar di kantin.

Semakin laju Dania berjalan, semakin deraslah air matanya mengalir. Sungguh dia tak sangka bahawa Raizal sanggup curang di belakangnya. Selama ini, Dania menganggap Raizal ini setia, tidak seperti lelaki lain. Tapi ternyata, semua lelaki adalah sama!

"Dania! Dania Rafila!", disebabkan terkejut, Dania segera bangkit hinggakan kerusinya jatuh terbalik.

"Dania! Kamu tak apa-apa ke?" sekali lagi ibunya bersuara disebalik pintu.

"Tak apa-apa Ma".

"Nanti Dania turun makan ya. Dah pukul 9 ni. Dania tak makan lagi dari tadi".

"Hmm... Nanti Dania turun. Mama tak payah risau" Dania menamatkan perbualan antara dia dan ibunya.
Dania mengeluh sendirian.


Sya mengerutkan mukanya. Dia memandang Raizal. Raizal kelihatan seperti hilang kewarasannya.

"Aarghh!!!" Sya terkejut mendengar Raizal menjerit. Sya merasakan dia semakin tiada harapan untuk pujuk Raizal kembali.

Raizal memandang Sya dengan mata yang tajam. "Sya! Kita putus!" Sya menggugurkan air matanya.


Naim dan Afiq berkawal di kawasan kantin. Melihat dan mengawal jika ada pelajar yang melanggar peraturan sekolah. Minggu lepas, mereka terpaksa berkawal di pagar belakang sekolah, di mana kawasan itu dianggap 'spooky' bagi pelajar sekolah tersebut.

Sedang berkawal, Naim terlihat seorang pelajar perempuan di suatu sudut kantin. Keseorangan. Seperti dalam tangisan, pelajar tersebut tersendu-sendu. Naim hanya melihatnya dari jauh.

Dilihatnya pelajar itu didatangi seorang pelajar lelaki. Naim mengerutkan mukanya. Betapa Naim memerhatikan gelagat mereka berdua yang seperti dalam pergelutan kecil, hinggakan pergaduhan pelajar yang sedang membeli makanan tidak disedarinya.

Afiq yang sibuk menguruskan pelajar yang bergaduh menjerit memanggil Naim. Naim terkejut lalu segera ke Afiq. Naim hanya mengiyakan apa yang dikata Afiq kepada pelajar itu sambil mencuri pandangan terhadap pelajar perempuan itu. Afiq yang melihat Naim berasa hairan.
Setelah sahaja masalah itu selesai, Afiq mendekati Naim. Afiq memulakan bicaranya “Naim, kau apsal hari ni? Aku tengok lain macam je. Biasanya kau yang beriya marah budak-budak,” Naim hanya mendiamkan diri.

Afiq menggelengkan kepalanya. Dia membiarkan sahabat karibnya itu bersendirian, membiarkan masa berlalu begitu sahaja.

“Ma, bila Kak Nor sampai?” Nadilah sudah tak sabar menunggu kehadiran satu-satunya kakak yang dia ada.

“Amboi, Nad ni tak sabar-sabar tunggu Kak Nor balik. Tadi Kak Nor Nad ni kata dia sampai pukul 3 petang,” Datin Nela memberikan informasi.
Nadilah melihat jam di pergelangan tangannya. “Hm… Dah pukul 2:45 lah Ma. Nad nak ikut Uncle ambil Kak Norlah!” Nadilah semakin tidak sabar-sabar bertemu dengan NorFaqi’ah.

“Ha, kalau macam tu, pergila bersiap-siap cepat. Nanti Uncle tinggalkan kamu pula”.

“Okie dokie!”

Kasih Ilahi 1

Lengan dan kakinya dilap dengan sehelai tuala. Air wuduk di wajahnya dibiarkan kering sendiri, lebih afdal fikirnya.

Tuk tuk tuk. “Along, jom solat subuh berjemaah” kedengaran suara wanita yang lembut mengajaknya solat berjemaah.

“Ok mak, tunggu Along kat bilik solat” balasnya menerima ajakan ikhlas seorang ibu.

Sesampainya di hadapan bilik solat, senyuman diberikan kepada jemaah sekalian kerana sanggup menunggunya. Saf lelaki di hadapan bertambah bilangannya.

“Allahuakbar”.

‘But if you ask me the feeling that i'm feeling is overwhelming…’ dia menutup telinganya dengan bantal.

“Ergh! Bisingnya! Orang nak tidur pun tak boleh”ditutupnya alarm handphonenya dengan kasar.

“Kak Nad! Kak Nad! Dah pukul 6:45!” Naim merempuh pintu bilik kakaknya. “Hah? Dah pukul 6:45? Habislah Kak Nad kali ni” Nadilah terus berlari menuju ke bilik air.

Naim menggeleng melihat gelagat kakaknya. Tiba-tiba Nadilah masuk semula ke biliknya. Naim kehairanan. Nadilah mengambil tualanya dan tersenyum kepada Naim.

“Macam kerang busuk!”.

“Uncle, sorry lambat. Naim ni, tak gerak Nad pagi tadi”, Nadilah buat muka kesian depan Uncle. Naim mula geram dengan Nadilah. ‘Hisy, tuh pun nasib baik aku gerak dia. Kalau tak, besar lah telinga dia nak tadah bebelan Mama’ Naim mengeluh.

“Alah, Uncle kisah apa kalau lambat. Lagi lambat lagi bagus, boleh Uncle tidur kejap. Lagipun, nanti Nad ngan Naim lah yang kena denda dengan pengawas” dengan tiada perasaannya Uncle melambat-lambatkan penghantaran putera puteri tuannya ke sekolah.

“Alaa…” Naim menepuk dahinya. “Kenapa Naim?” Nadilah dan Uncle tanya serentak.

“Pagi ni Naim kena jaga pagar depan. Habislah Naim dengan Sir Tai Gre nanti” Naim meluahkan rasa gelisahnya.

“Hahaha! Kesian adik Kak Nad sorang nih. Nanti kena ngap ngan harimau! Bila Sir jumpa Naim nantikan, Kak Nad cadangkan Naim sebut ‘Meow’” Naim bertambah geram dengan Nadilah.

Uncle hanya menggelengkan kepalanya.

Kelihatan sahabatnya, Afiq Zakri gelisah di tepi pagar sekolah. “Afiq, Sir Tai Gre ada kat mana sekarang ni?” Naim segera menerpa Afiq sejurus sahaja keluar dari kenderaan.

“Tuh la. Sir Tai Gre tanya pasal kau tadi. Kecut perut aku nak jawab tadi tahu tak”, “ habislah aku kali ni. Kau jawab apa tadi? Mana Sir?” Naim mula kecut perut.

“Erk, aku kata tak tahu. Pastuh dia pergi kat pagar belakang”, tiba-tiba mereka terlihat Sir Tai Gre di seberang padang.

“Alamak Afiq! Back up aku, back up aku” Naim sudah mula menggelabah.

Naim dan Afiq berpura-pura menyuruh pelajar-pelajar yang lambat segera masuk. Degupan jantung Naim semakin kencang. “Hah, Naim!”, Sir Tai Gre menyergah Naim hinggakan Naim dan Afiq terkejut bagai nak luruh jantung.

“Ya… Ya Sir”, tergagap-gagap Naim membalas sapaan Sir Tai Gre. “Kamu pergi mana tadi? Saya cari awak tak jumpa. Pelik saya sebab Afiq pun tak tahu mana awak pergi”, dengan nada memerli Sir Tai Gre melahirkan rasa kehairanannya kerana kebiasaannya Afiq itu diibaratkan seperti kembar Naim.

“Tadi s.. saya da… datang lammbattt” Sir Tai Gre membulatkan matanya.

“Awak ni…” belum sempat Sir Tai Gre menghabiskan amarahnya, tiba-tiba loceng sekolah berbunyi menandakan perhimpunan hendak bermula.

“Lepas perhimpunan, jumpa saya di Bilik Disiplin” dengan muka yang geram Sir Tai Gre memberi arahan kepada Naim. Kemudian Sir Tai Gre berlalu dengan wajah yang menggerunkan sehingga membuatkan pelajar-pelajar di sekelilingnya ketakutan.